SELANGOR FC
BERITA

Selangor Layak ke Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-100 tahun.

Oct 31, 2022 - FAS

Selangor layak ke Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja edisi ke-100 tahun.

Edisi ke-100 tahun kejohanan Piala Emas Raja-Raja (PERR) telah berlangsung sejak 1 Oktober 2022 yang lalu. 

Pasukan Selangor untuk PERR edisi ke-100 ini telah dikendalikan oleh Shaiful Nizam, Ketua Jurulatih Selangor B21 dan dibarisi oleh pemain-pemain daripada pasukan Selangor 2, Selangor B21 serta Selangor B19 bagi mengikut format pertandingan yang mengenakan had umur 25 tahun kebawah dengan maksimum lima saja pemain lebih umur dibenarkan beraksi.

Dalam kejohanan kali ini, 16 pasukan dipecahkan kepada empat zon melibatkan Zon Utara (Perlis, Kedah, Penang dan Perak), Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, PDRM, Jemputan 1), Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka ATM dan Johor) dan Zon Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Jemputan 2).

Selangor berjaya melayakkan diri ke Perlawanan Akhir PERR edisi ke-100 tahun selepas menewaskan Kelantan dalam penentuan penalti dengan keputusan 4-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 29 Oktober yang lalu. 

Di bawah adalah keputusan perlawanan pasukan Selangor:-

Peringkat Kumpulan:
MY SPRM-ACELO 2-5 SELANGOR
Amirul Haziq 21’
Azrul Haikal 32’ 55’
Afiq Hilman 63’ 90’

SELANGOR 0-0 KUALA LUMPUR

PDRM 0-2 SELANGOR
Mustakim Mustapha 21’ 90+2’

Peringkat Suku Akhir:
SELANGOR 1-0 PULAU PINANG
Alif Daniel 9’

Peringkat Separuh Akhir:
KELANTAN 2-2 SELANGOR (Penentuan Penalti: 2-4)
Mustakim Mustapha 39’
Adim Muzahhir 47’
Ni’am Mulhasan
Hariz Mansor
Mustakim Mustapha
Aleff Haedi

Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja edisi ke-100 bakal menyaksikan Selangor menentang PDRM pada 12 November ini jam 8.45 malam. 

Selangor FC mengucapkan tahniah kepada pasukan muda Gergasi Merah mara ke Perlawanan Akhir PERR edisi ke-100. Terus berusaha keras bagi menjadikan kejayaan milik pasukan!

Demi Kebanggaan.