Nov 01, 2022 - FASSelangor FC bakal menerima kunjungan Kelantan United FC bagi perlawanan timbal balik pusingan kalah mati kempen TM Piala Malaysia di Stadium MBPJ pada jam 9 malam ini.
Kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pasti menyemarakkan lagi semangat pasukan untuk mara ke pusingan Suku Akhir TM Piala Malaysia musim ini. Baca reviu perlawanan di sini (link reviu).
Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mahu berikan saingan yang terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya biarpun mempunyai kelebihan dua gol.
“Saya akan menurunkan kesebelasan utama yang terbaik untuk perlawanan malam ini kerana tiada perlawanan yang mudah untuk kita lalui begitu sahaja walaupun mempunyai kelebihan dua gol.
Malah, saya juga mahu mengekalkan momentum yang dimiliki pasukan sekarang,” tegas Tan Cheng Hoe.
Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Liga Super hari ini, pasukan Selangor FC masih belum dapat menurunkan Safuwan Baharudin yang masih dalam proses pemulihan akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’, manakala Halim Saari masih lagi dalam proses pemulihan penuh daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).
Selain itu, Baha’ Abdelrahman juga tidak dapat bersama pasukan atas faktor mengalami kecederaan di bahagian hamstring.
??Sekiranya berjaya melayakkan diri ke pusingan Suku Akhir, Selangor bakal bertemu dengan pemenang dari perlawanan di antara Kedah Darul Aman dan Negeri Sembilan yang akan bersaing di perlawanan pusingan 16 yang lain.
Selangor FC yakin pasukan akan beraksi dengan cemerlang pada malam ini. Semoga kejayaan milik pasukan. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!