SELANGOR FC
BERITA

Perkembangan Terkini Pasukan Kebangsaan : Hakim Hassan Yakin Dengan Pasukan Harimau Malaya

Jan 03, 2023 - FAS

Pasukan Kebangsaan bakal menentang Singapura dalam siangan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8:30PM malam ini.

Malam ini bakal menjadi perlawanan penentuan tempat kedua Kumpulan B di antara Singapura dan Malaysia untuk layak ke pusingan seterusnya. Setakat ini Harimau Malaya telah meraih enam mata terkumpul daripada dua kemenangan atas Myanmar (3-0) dan Laos (5-1) dan satu kekalahan menentang Vietnam (3-0). 

Sepuluh pemain Selangor FC, Brendan Gan, Hakim Hassan, Fazly Mazlan, Quentin Cheng, Sharul Nazeem, Aliff Haiqal Lau, Mukhairi Ajmal termasuk tiga pemain baharu Khuzaimi Piee, Faisal Halim dan Ruventhiran telah membuat sekurang-kurangnya satu penampilan sepanjang Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Hakim Hassan, empat tahun tidak bersama Harimau Malaya, beliau kini menjadi antara pemain yang berjaya melibatkan diri dalam beberapa jaringan gol, yakin bahawa pasukan Kebangsaan akan berikan yang terbaik untuk Malaysia.

“Alhamdulillah rezeki saya dapat beraksi bersama pasukan Kebangsaan dan ‘assists’ beberapa gol baru-baru ini. Tidak dinafikan, walaupun saya dan rakan sepasukan terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak, tetapi ia merupakan salah satu tanggungjawab untuk negara dan pengalaman ini yang membantu saya untuk terus mencapai tahap yang lebih tinggi.

Perlawanan malam ini adalah sangat penting untuk kita (Malaysia) menang bagi merebut kedudukan tempat kedua Kumpulan B. Saya yakin semua pemain pun bersemangat berikan yang terbaik dan bawa kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini, InshaaAllah,” kata Hakim.

Selain mereka yang bersama pasukan Malaysia, pemain-pemain Selangor FC akan memulakan latihan rasmi musim 2023 di FAS Training Centre pada 5 Januari ini. Nantikan update berkenaan pasukan di laman media sosial Gergasi Merah dari masa ke semasa.

Selangor FC mendoakan pasukan Kebangsaan berjaya layak ke pusingan seterusnya. Semoga berjaya Harimau Malaya!

Demi Kebanggaan