Jan 18, 2023 - FASPasukan pembangunan Selangor FC iaitu Selangor B23, Selangor B20 dan Selangor B18 sudah pun memulakan latihan secara rasmi pada 5 Januari yang lalu.
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, objektif bagi pasukan pembangunan ini adalah untuk melatih bakat-bakat muda seawal usia 16 tahun ke skuad utama Selangor, membuka landasan yang lebih baik untuk mengetengahkan bakat-bakat baru, selain menjamin kelangsungan kelab untuk jangka masa panjang.
Bagi musim 2023, beberapa perubahan telah dilakukan. Kehadiran Pengarah Teknikal baharu, Dennis Bekking akan meneruskan objektif pasukan pembangunan dengan menggunakan pendekatan yang beliau telah rancang. Selain itu, beberapa pertukaran barisan pemain, pegawai dan jurulatih juga telah dilakukan bagi menghadapi saingan Liga Bawah 23 Tahun, Piala Presiden dan Piala Belia.
Berikut adalah senarai pemain dan barisan pegawai dan jurulatih setiap pasukan:
SENARAI PENUH PEMAIN & PEGAWAI SELANGOR B23 MUSIM 2023
BARISAN PEMAIN
PENJAGA GOL: Alfaiz Zula’amin (22), Daniel Akmal (21), Aizul Hakim (19).
PERTAHANAN: Brandon Liew (21), Raimi Shamsul (21), Faiz Amer (20), Fakrul Fareez (20), Daniel Edzuan (19), Alif Farhan (19), Danish Irfan (19), Aiman Hakimi (18), Zharif Zaini (18).
PEMAIN TENGAH: Azannis Adzri (20), Haiqal Haqeemi (20), Haziq Zaki (20), Izrin Ibrahim (19), Haykal Danish (18), Rohisham Haiqal (18), Adam Haikal (18), Muhammad Khalil (18), Khairi Suffian (20), Akid Zamri (18).
PENYERANG: Adim Muzahhir (20), Rahman Daud (19).
BARISAN PEGAWAI
Abdifitaah Hassan (Ketua Jurulatih), Nazliazmi Nasri (Pen. Ketua Jurulatih), Shaiful Nizam (Pen. Jurulatih), Nasril Nourdin (Jurulatih Penjaga Gol), Khairal Afiq (Jurulatih Kecergasan), Fariq Rahman (Pen. Jurulatih Kecergasan),
Dr Wazien Wafa (Doktor Pasukan), Afiq Jamarudin (Fisioterapi), Raja Fazureen (Koordinator Pasukan), Rafiudin Sa'ari (Penganalisa Pasukan), Afif Fahmi (Kitman), Faizwan Malek (Masseur), Nazmi Mohd (Masseur), Exmeralda Kuyun (Nutrisi Pasukan).
SENARAI PENUH PEMAIN & PEGAWAI SELANGOR B20 MUSIM 2023
BARISAN PEMAIN
PENJAGA GOL: Hanif Faizal (20), Azeem Izhar (19), Aiman Najmi (19).
PERTAHANAN: Taufik Lukman (19), Akmal Izzuddin (20), Amir Farhan (18), Syaizwan Irfan (20), Nazmi Azzahari (19), Danish Alif (19), Tajul Ariff (19), Yasser Sariffudin (19).
PEMAIN TENGAH: Syamir Norhisham (20), Faizal Razak (20), Amirul Haziq (20), Faris Izzat (19), Ni’amullahasan Alias (19), Dicky Hidayat (19), Fakhri Azri (19), Afiq Amsyar (19), Azril Farihan (19), Danial Haikal (19), Nabil Qayyum (19).
PENYERANG: Harry Danish (19), Khairil Zain (19).
BARISAN PEGAWAI
Firdaus Aziz (Ketua Jurulatih), Fadli Saari (Pen. Ketua Jurulatih), Azmi Isaik (Jurulatih Kecergasan), Lim Chuan Chin (Jurulatih Penjaga Gol),
Farhan Rahman (Penganalisa Pasukan), Zhariff Ismail (Fisioterpi), Vadivelu Rethinam (Kitman), Ikhram Abd Ghani (Masseur), Zaki Norhan (Koordinator Pasukan).
SENARAI PENUH PEMAIN & PEGAWAI SELANGOR B18 MUSIM 2023
BARISAN PEMAIN
PENJAGA GOL: Parid Hidayatullah (18), Nazim Roslan (18), Jumadi Baderuddin (18).
PERTAHANAN: Siow Yin Hao (17), Nazran Arif (18), Syahmie Rosli (18), Najwan Basrun (18), Ariz Zuhayr (18), Zahran Khan (18), Ryan Zulfarhan (17).
PEMAIN TENGAH: Amirul Alif (18), Amir Ammar (17), Zamirul Hakim (18), Faiz Farihin (18), Izzat Syahir (18), Syamsul Bahri (18), Alif Aiman (18), Aisy Mazlan (18), Harith Safuan (17), Adib Adhwa (18).
PENYERANG: Syahir Sukri (18), Amirul Izwan (18), Syazan Zamri (18).
BARISAN PEGAWAI
Khushairi Abd Wahab (Ketua Jurulatih), Syahid Zaidon (Pen. Ketua Jurulatih), Badrul Zaman (Jurulatih Penjaga Gol), Azrae Rishal (Jurulatih Kecergasan).
Selangor FC berharap pasukan pembangunan Gergasi Merah dapat terus memberikan impak positif kepada industri bola sepak negeri Selangor terutamanya dari segi pembangunan akar umbi selain memperkasakan transformasi kelab ini secara menyeluruh.
Demi Kebanggaan!