Feb 08, 2023 - FASSelangor FC dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama dengan Agym Nutrition Sdn Bhd sebagai Rakan Nutrisi Sukan Rasmi Selangor FC.
Agym telah menaja Selangor FC pada tahun 2021 lagi, dan perjanjian ini menyaksikan Agym untuk terus komited bersama Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2023.
Untuk makluman, Agym Nutrition Sdn. Bhd. merupakan pengeluar makanan sukan halal yang terkemuka di Malaysia, Singapura dan Vietnam. Produk suplemen yang telah dirumuskan secara saintifik dan disahkan oleh JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Agym Nutrition merupakan produk yang disahkan oleh makmal Antarabangsa dan diiktiraf oleh Agensi Anti-Doping Dunia, menjadikan produk ini selamat untuk atlet profesional. Antara produk terlaris mereka adalah Titan Whey dan Titan Mass yang telah digunakan lebih daripada 20 pusat kecergasan di seluruh Malaysia dan Singapura pada tahun lalu.
Menurut Encik Abdul Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Agym Nutrition, "Kami di Agym Nutrition berbesar hati dapat terus menjadi sebahagian daripada keluarga Gergasi Merah. Kami yakin bahawa kerjasama ini dapat mengembangkan dan membangunkan produk penghidratan dalam dunia sukan serta membantu prestasi pemain Selangor FC."
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon turut senada menzahirkan rasa gembira dapat meneruskan kerjasama ini.
"Agym Nutrition merupakan produk yang disahkan oleh makmal Antarabangsa dan diiktiraf oleh Agensi Anti-Doping Dunia selain menjadi satu jenama nutrisi tempatan yang dipercayai oleh lebih 20 pusat kesihatan dan kecergasan di seluruh Malaysia. Selangor FC cukup berbangga kerana dapat meneruskan kerjasama dengan jenama besar ini,” jelas Dr.Johan.
“Tajaan mereka telah membantu tugas pegawai nutrisi kami terutamanya dalam menyediakan 'Protein Shakes' untuk para pemain Selangor FC di setiap pasca latihan dan perlawanan, bagi menggalakkan penambahan otot dan meningkatkan prestasi serta pemulihan pemain selain membantu meningkatkan jisim otot semasa penurunan berat badan sejak dari musim 2021.”
Selangor FC sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Agym Nutrition Sdn. Bhd. dan berharap penerusan perjanjian kerjasama ini dapat membuka lebih banyak mata syarikat lain di Malaysia khususnya di Selangor untuk turut menjadi rakan strategik Red Giants.
Demi kebanggaan!