The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS2 | Selangor FC vs Kelantan United FC | Perlawanan Tempat Lawan Pertama!

Mar 01, 2023 - FAS

Selangor FC meneruskan saingan Liga Super 2023 menentang Kuching City FC esok (2 Mac) jam 8:15 malam di Stadium Negeri.

Esok bakal menyaksikan perlawanan ketiga di antara #KUCSEL untuk aksi kedua Liga Super 2023. Sebelum ini Gergasi Merah pernah bertemu Kuching City FC dua kali pada musim 2021 dalam saingan Piala Malaysia dengan kemenangan 5-1 dan 2-1.

Menurut pemain sayap baharu Merah Kuning, Faisal Halim, setiap pasukan ada kualiti tersendiri namun saya yakin rakan sepasukan akan berikan yang terbaik untuk perlawanan esok.

“Bagi saya, kita tidak boleh anggap mana-mana pasukan lemah, kerana setiap pasukan ada kualiti dan kelebihan masing-masing. Kita sedia maklum Kuching City menang dalam perlawanan pertama mereka. Pemain-pemain mereka juga berkualiti terumanya pemain pertahan mereka, Yuki Tanigawa. Beliau saya boleh katakan sentiasa bersedia untuk mematahkan situasi-situasi bahaya daripada pasukan lawan.

Walau bagaimanapun, secara jujurnya, tekanan lebih kepada Selangor kerana bukan mudah nak dapat tiga mata di tempat lawan tetapi saya percaya rakan sepasukan akan berikan yang terbaik untuk perlawanan esok bagi mendapatkan mata seterusnya untuk pasukan,” yakin Faisal. 

Untuk pengetahuan, Kapten pasukan, Brendan Gan dan pemain import muda, Hein Htet Aung akan membuat penampilan ke-50 mereka bersama pasukan jika keduanya beraksi dalam perlawanan #KUCSEL esok.

Selain itu, Quentin Cheng, pemain pertahanan kanan dan Syahmi Adib, penjaga gawang muda skuad utama Gergasi Merah tidak dapat bersama pasukan kerana mengalami kecederaan, kedua-dua mereka telah pulih dan bersedia untuk beraksi bersama pasukan.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan terus berikan komitmen penuh dalam perlawanan menentang Kuching City FC esok. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!