SELANGOR FC
BERITA

Skuad Piala Belia 2023 Sasarkan Kejuaraan

Mar 25, 2023 - FAS

Piala Belia 2023 telah rasmi memulakan saingan pada 16 Mac yang lalu. Skuad Selangor B18 telah berentap dalam Zon C bersama Sabah FC, KL City FC dan Johor DT FC.

Musim ini, Persatuan Bolasepak Malaysia telah membuat sedikit perubahan dengan setiap Juara dan Naib Juara Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D akan mara ke peringkat seterusnya dalam Kumpulan Liga 1 dan lima pasukan teratas akan ke peringkat Suku Akhir. Manakala, pasukan yang lain akan beraksi dalam Kumpulan Liga 2 untuk mendapatkan kedudukan tiga teratas untuk berpeluang beraksi di Suku Akhir.

Skuad Belia Selangor telah beraksi dalam dua perlawanan sebelum liga direhatkan. Berikut adalah keputusan perlawanan Selangor B18:-

Sabah FC (0-5) Selangor B18

  • 16', 18', 28' Izzat Syahir 
  • 36' Amirul Izwan
  • 64' Syahmie Rosli

Johor DT IV (1-3) Selangor B18

  • 41' Akid Zamri
  • 49' Alif aiman
  • 84' Izzat Syahir

Setakat ini, skuad Selangor B18 menduduki tempat pertama dalam kumpulan Zon C dengan enam mata penuh dan lapan jaringan gol daripada dua perlawanan.

Izzat Syahir, 18 tahun, gembira telah menjaringkan hatrik pertamanya bersama skuad Selangor B18 dan beliau berharap dapat mencapai 'win streak' untuk musim ini.

"Saya gembira dapat bantu pasukan menang dengan jaringan hatrik dalam perlawanan pertama hari itu. Sedikit sebanyak, ia membantu saya tingkatkan keyakinan diri untuk beraksi dengan lebih baik dalam aksi-aksi seterusnya," katanya.

"Baru dua perlawanan, tetapi harapan saya mahu pasukan untuk mendapatkan 'win streak' sekaligus menjuarai Piala Belia 2023," tambahnya lagi.

Piala Belia 2023 akan berehat buat seketika dan akan bersambung semula saingan dalam minggu kedua bulan Mei. Jadual adalah seperti berikut:-

  • 14/05/2023 - SELANGOR B18 vs KL CITY FC
  • 27/05/2023 - SELANGOR B18 vs SABAH FC
  • 03/06/2023 - SELANGOR B18 vs JOHOR DT IV
  • 18/06/2023 - KL CITY FC vs SELANGOR B18

Pihak Pengurusan Selangor FC berbangga dengan pencapaian skuad Belia Gergasi Merah setakat ini. Teruskan dengan aksi cemerlang anda untuk layak ke pusingan seterusnya.

Demi Kebanggaan!