Jun 03, 2023 - FASMichael Angelo Bocado AKA Arcadia #IsRed!
Michael Angelo Bocado atau dikenali dalam dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sebagai Arcadia sah menjadi ketua jurulatih bagi pasukan Yoodo Red Giants bermula hari ini.
Arcadia seorang individu yang tidak asing lagi dalam arena permainan ‘Mobile Legends’ sebagai seorang jurulatih yang berkaliber. Bukan sahaja pernah membawa pasukan yang dikendalinya menjulang kejuaraan MPL, namun beliau juga seorang individu yang berjaya melahirkan dan menggilap bakat-bakat baru yang kini menjadi antara pemain terbaik dunia dan ada di antaranya bergelar juara dunia seperti Sanji dan Sanford yang kini bermain untuk pasukan Echo di Filipina (PH).
Sebagai imbasan untuk karier Arcadia, pasukan Sunsparks dari Filipina merupakan pasukan pertama dibawah kendalian beliau sebagai jurulatih dan juga merupakan kejuaraan pertama bagi Arcadia di pentas MPL PH bagi musim ke-5 bersama pasukan tersebut. Ia sekaligus menjadi permulaan bagaimana nama Arcadia mula menjadi tumpuan.
Bermula musim ke-6 MPL PH, Arcadia terus melatih pasukan Aura yang kini dikenali sebagai Echo daripada Filipina selama 4 musim. Disitulah Arcadia mula mengambil dan menggilap bakat Sanji, Sanford, Zaida dan Outplayed yang kini menjadi antara pemain terbaik dan telah merangkul pelbagai kejuaraan. Pencapaian dan kebolehannya membuatkan khidmatnya terus mendapat rebutan dan mula melakukan debut dalam arena MPL Indonesia bersama pasukan Rex Regum Qeon (RRQ) pada pertengahan Oktober 2022. Tanpa disangka, Arcadia berjaya mencipta pencapaian peribadi terbaru apabila berjaya membawa pasukan RRQ mendapat tempat ketiga bagi kejohanan dunia ‘M4 World Championship’ di Jakarta Indonesia pada awal tahun lepas.
Arcadia juga dikatakan pernah berkerjasama dengan dua individu yang menjadi jurulatih bagi pasukan tempatan kita pada musim lepas iaitu Dale daripada pasukan Homebois dan juga Paolo dari team Lunatix. Kini, giliran Arcadia untuk melakukan penampilan pertamanya bagi ‘scene Mobile Legends’ di Malaysia bersama pasukan Yoodo Red Giants.
Kemasukkan Arcadia juga adalah sebahagian daripada perancangan Ozoraveki untuk pasukannya. “Bagi saya, pasukan ini cukup kuat untuk bertanding di pentas MPL. Namun, dengan tambahan seorang individu bernama Arcadia, ia akan membuatkan pasukan menjadi salah satu pencabar utama dalam arena MPL MY bagi musim akan datang.” ujar Ozoraveki.
Tambah beliau lagi,“Ini merupakan tanggungjawab saya untuk membuat keputusan bagi melakukan perubahan demi pasukan dan sekaligus kesemua pemain dan juga diri saya sendiri akan mengambil peluang ini untuk menimba pengalaman yang berharga dari seorang individu yang paling dihormati. Kini, saya tekad untuk menggalas tugas baru bagi pasukan”.
Ini merupakan salah satu perubahan awal bagi pasukan Yoodo Red Giants.
Buat Arcadia, selamat datang ke Yoodo Red Giants dan selamat maju jaya untuk menempuh saingan pada musim yang akan datang.
Demi Kebanggaan!