SELANGOR FC
BERITA

Ayron Mahu Terus Menyumbang Untuk Selangor FC

Jun 09, 2023 - FAS

Penyerang Selangor FC, Ayron Del Valle berjaya membuat rekod hatrik pertama beliau untuk musim ini dalam perlawanan ke-14 saingan Liga Super 2023 menentang Kelantan United FC baru-baru ini.

Pemain berasal dari Columbia ini pada awalnya sukar untuk mendapat rentak tetapi beliau menunjukkan peningkatan dari masa ke masa. Buktinya beliau berjaya menjaringkan 13 jaringan gol dalam 14 perlawanan saingan Liga Super 2023, sekali gus menjadikan beliau penjaring kedua terbanyak setakat ini. 

Menurut Ayron, beliau mahu terus menyumbang untuk skuad Merah Kuning serta membantu pasukan berada di tahap terbaik.

“Saya gembira kerja keras selama ini membuahkan hasil yang baik untuk diri dan juga pasukan. Jaringan hatrik dalam perlawanan #KLUSEL tempoh hari bukanlah pengakhiran. Sasaran saya adalah untuk terus menyumbang gol serta bantuan gol kepada pasukan bagi mencapai misi Selangor FC musim ini serta memastikan pasukan berada di tahap terbaik dalam setiap perlawanan,” harapan Ayron.

Bermula dengan sedikit lewat tetapi Ayron berjaya meletakan diri beliau antara  penjaring terbanyak setakat ini. Beliau merasakan “secara umumnya atmosfera pasukan sekarang berada di tahap yang baik, terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan staf teknikal yang memimpin pasukan dalam memastikan keyakinan berada di tahap terbaik.

“Dalam masa yang sama, saya merasakan komunikasi yang baik di dalam dan di luar padang sangat membantu saya untuk beraksi dengan baik,” jelas Ayron.

Pihak pengurusan yakin Ayron akan terus menyumbang untuk skuad Selangor FC dan membantu pasukan berada di tahap terbaik dalam kancah Bola Sepak Malaysia musim 2023.  We believe in you, Ayron!

Demi Kebanggaan!