SELANGOR FC
BERITA

Yohandry Orozco | "The Man of The Match (MOTM)" bagi Perlawanan #NSESEL

Aug 18, 2023 - FAS

Yohandry Orozco, pemain import Selangor FC musim 2023 telah dinobatkan sebagai Man of The Match (MOTM) dalam perlawanan #NSESEL baru-baru ini. 

Klk untuk baca mengenai Yohandry Orozco.

Berasal dari Venezuela, beliau merupakan satu-satunya pemain import Gergasi Merah yang telah menjaringkan gol dalam ketiga-tiga saingan dalam Liga Malaysia 2023. Orozco telah menjaringkan enam gol, tiga di Liga Super, dua Piala FA dan satu di Piala Malaysia setakat ini. Beliau juga telah membuat lapan jumlah assist, enam Liga Super, satu Piala FA dan satu Malaysia Cup bersama pasukan.

Pihak Media Selangor FC sempat temu bual Orozco tentang perasaan beliau yang dinobatkan sebagai Man of The Match (MOTM) dalam perlawanan baru-baru ini. Menurutnya, "Saya berasa sangat gembira apabila diberitahu saya merupakan Pemain Terbaik dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan FC minggu lalu. Anugerah ini juga sedikit sebanyak menambah semangat untuk bekerja lebih keras bagi pasukan dan diri saya sendiri,"

"Saya bertekad untuk tidak berhenti bekerja keras bagi membantu pasukan mencapai pencapaian yang telah disasarkan sejak dari sebelum musim bermula. Saya juga yakin dengan rakan sepasukan juga akan berikan segalanya untuk beberapa perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia sebelum Liga Malaysia tamat,"

Beliau juga sempat meninggalkan pesanan kepada peminat Gergasi Merah, "Bagi saya, penyokong amat penting untuk pasukan dalam setiap perlawanan bagi membantu kami untuk lebih bersemangat mendapatkan kemenangan.Terima kasih kepada peminat-peminat Selangor FC kerana sentiasa menyokong kami sepanjang musim ini.,"

Selangor FC mengucapkan tahniah kepada Yohandry Orozco atas pencapaian beliau. Semoga terus mempamerkan aksi cemerlang dalam beberapa baki perlawanan Liga Malaysia musim ini. Ayuh, Orozco!

Demi Kebanggaan!