Jun 14, 2024 - FASSelangor B18 akan memulakan pusingan dua Piala Belia 2024 sebagai pendahulu kedudukan Kumpulan A dengan 18 mata terkumpul daripada lapan perlawanan, enam menang dan dua kalah.
Skuad bawah 18 tahun Gergasi Merah telah diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan Negeri Sembilan FC, Kelantan FA, Singa Muda Perlis, Kelantan Darul Naim FC, Sri Pahang FC, Kuala Lumpur City FC, Sabah FC dan Melaka FA.
Musim ini, saingan peringkat kumpulan menggunakan format liga dua pusingan timbal balik dan akan berakhir pada Ogos sebelum bermulanya Sukan Malaysia (Sukma) 2024. Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Bagi Perlawanan Separuh Akhir dan Perlawanan Akhir akan dilakukan secara timbal balik yang akan berlangsung pada September dan Oktober ini.
Berikut adalah keputusan perlawanan skuad Selangor B18 dalam pusingan pertama Piala Belia 2024:-
SELANGOR FC (3-0) SRI PAHANG FC
21' Abrisham Fazdir
26' Nabil Fitri
88’ Aiman Amsyar
SELANGOR FC (1-2) KELANTAN FA
35' Nabil Fitri
MELAKA FA (2-4) SELANGOR FC
20' Aiman Amsyar
34' Harith Danish
44’ Ryan Hammad
80’ Hatif Irfan
SELANGOR FC (2-0) SABAH FC
20' Aiman Amsyar
48' Hatif Irfan
KUALA LUMPUR CITY FC (1-0) SELANGOR FC
SELANGOR FC (3-1) SABAH FC
27', 30’ Aiman Amsyar
43' Hatif Irfan
SELANGOR FC (5-1) KELANTAN DARUL NAIM FC
27' Aiman Amsyar
40’ Harith Danish
67' Hafifi Muhtadee
69' Muayyad Daud
76' Ryan Hammad
SINGA MUDA PERLIS (0-1) SELANGOR FC
48’ Aiman Amsyar
Setakat ini, skuad Selangor B18 telah berjaya menjaringkan 19 jaringan gol. Aiman Amsyar merupakan penjaring terbanyak pasukan setakat ini dengan tujuh jaringan gol. Diikuti, Hatif Irfan dengan tiga gol. Kemudian, Nabil Fitri, Harith Danish dan Ryan Hammad dengan dua gol. Manakala, Abrisham Fazdir, Hafifi Muhtadee dan Muayyad Daud masing-masing menjaringkan satu gol.
Daripada 19 gol tersebut, skuad Gergasi Merah B18 telah menjarakkan kedudukan dengan perbezaan l13 jaringan gol serta lima mata daripada pasukan di kedudukan tempat kedua. Selain itu, empat pemain iaitu Aiman Amsyar (lwn NSE dan PER), Nabil Fitri (lwn SRI PAHANG FC), Ryan Hammad (lwn MELAKA FA), dan Syahmi Zufayri (lwn SABAH FC) telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Piala Belia 2024 akan meneruskan pusingan kedua mengikut jadual seperti berikut sebelum layak ke pusingan seterusnya:-
30/06/2024 - SRI PAHANG FC lwn SELANGOR FC
06/07/2024 - KELANTAN FA lwn SELANGOR FC
14/07/2024 - SELANGOR FC lwn MELAKA FA
21/07/2024 - SABAH FC lwn SELANGOR FC
28/07/2024 - SELANGOR FC lwn KUALA LUMPUR CITY FC
04/08/2024 - NEGERI SEMBILAN FC lwn SELANGOR FC
10/08/2024 - KELANTAN DARUL NAIM FC lwn SELANGOR FC
17/08/2024 - SELANGOR FC lwn SINGA MUDA PERLIS
Pihak Pengurusan Selangor FC meletakan harapan tinggi kepada skuad B18 Merah Kuning bawah jagaan Khushairi Wahab untuk meneruskan kecemerlangan pasukan untuk musim 2024/25. Semoga dapat mengekalkan kedudukan untuk layak ke pusingan seterusnya.
Demi Kebanggaan!