SELANGOR FC
BERITA

Selangor FC bekerjasama dengan Selangor Technical Development Centre (STDC)

Oct 05, 2024 - FAS

Selangor FC dengan rendah diri mengumumkan kerjasama baharu bersama Selangor Technical Development Centre (STDC), bertujuan memperkasa pemain-pemain muda dengan kemahiran teknikal dan vokasional yang akan memberi manfaat kepada mereka di luar kerjaya bola sepak. Perkongsian ini mencerminkan komitmen Selangor FC bagi memupuk pembangunan kepada para pemain serta memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran hidup yang berharga untuk masa depan.

Melalui kerjasama ini, pemain-pemain muda daripada pasukan-pasukan pembangunan dan pasukan utama Selangor FC akan berpeluang untuk mendaftar dalam kursus khusus yang ditawarkan oleh STDC. Kursus-kursus ini direka bentuk untuk menyediakan pemain latihan vokasional dalam pelbagai bidang, membolehkan mereka mempelbagaikan set kemahiran dalam hidup dan menyediakan laluan kerjaya sebaik sahaja tamat karier dalam sukan bola sepak.

STDC dan Selangor FC berkongsi satu visi yang sama dalam memupuk individu dengan kemahiran hidup yang serba lengkap. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, STDC telah bersetuju untuk menyumbang RM 10,000 ke arah pengiklanan komersial, sementara kedua-dua organisasi meneroka cara tambahan untuk mengukuhkan perkongsian mereka. Kerjasama itu disokong oleh kepercayaan bersama bahawa pendidikan dan pembangunan kemahiran adalah penting untuk kelestarian kerjaya jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif STDC, Tuan Ramali Bin Abu Bakar percaya perkongsian ini menunjukkan kami ingin membantu para belia menimba pelbagai pengalaman, memperkasakan mereka untuk membuat keputusan dalam kehidupan mereka selepas karier dalam bidang sukan, "STDC dan Selangor FC dedikasi untuk memperkasakan atlet-atlet muda dengan menyediakan ilmu dan kemahiran penting yang mereka perlukan dalam memastikan kehidupan mereka tidak terhenti selepas kerjaya sukan bola sepak, dengan memupuk pendekatan pembangunan yang menyeluruh, kami akan berusaha mempersiapkan mereka untuk masa depan yang lebih cerah, tidak kira jalan yang mereka pilih." katanya.

Pengerusi Selangor FC, Duli Yang Maha Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, memastikan kelab menawarkan lebih banyak tawaran bagi memastikan adanya perkembangan kepada Pembangunan Belia, di bawah kepimpinannya, “Selangor FC prihatin dalam meningkatkan perkembangan kepada pembangunan belia, yang kekal menjadi keutamaan kami. Struktur kami merangkumi tiga pasukan pembangunan utama: U23, U20, dan U18, di samping program akar umbi termasuk pasukan utama. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah mengenal pasti perkara-perkara penting bagi memupuk bakat muda ini. Kami memahami kepentingan menyokong atlet muda dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan mereka. Kerjasama dengan STDC bertujuan untuk memperkasakan individu ini dengan menyediakan kemahiran praktikal yang membuka peluang kerjaya yang pelbagai untuk mereka. Inisiatif ini memastikan pertumbuhan dan kejayaan mereka tidak terhenti selepas karier bola sepak, membantu mereka untuk masa depan yang lebih cerah.”

Selangor FC mengalu-alukan kehadiran STDC bersama keluarga Red Giants. 

Kami teruja dengan tawaran yang disediakan daripada perkongsian ini dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan STDC untuk membangunkan program yang akan memberi manfaat kepada pemainnya dan komuniti yang lebih luas.

Demi Kebanggaan!