Nov 29, 2024 - FASSHAH ALAM, 29 Nov– First Pride Malaysia, jenama nugget di bawah Tyson Foods Malaysia, dengan bangganya mengumumkan kerjasama menarik dengan Selangor FC sebagai rakan snek utama kelab tersebut. Kerjasama ini beertujuan untuk mempertingkatkan pengalaman stadium dengan menawarkan peminat snek berasaskan ayam halal yang berkualiti tinggi semasa perlawanan diadakan.
Tyson Foods Malaysia, yang telah beroperasi lebih dari 30 tahun di negara ini, sentiasa komited untuk menyokong komuniti tempatan melalui penajaan. Dengan perkongsian ini, First Pride Malaysia meneruskan usaha mereka untuk memperkukuhkan hubungan dengan dunia bola sepak tempatan serta penyokong-penyokong Selangor FC.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, nugget First Pride dan pelbagai produk lain akan dijual di FAS Food yang terletak di Stadium MBPJ semasa semua perlawanan Selangor FC. Peminat boleh menikmati pelbagai pilihan rasa nugget jenama ini sambil memberi sokongan kepada pasukan kegemaran mereka, menjadikan hari perlawanan lebih menyeronokkan.
Freddie Wong, Pengarah Pemasaran First Pride Malaysia, berkongsi kegembiraannya: "Kami percaya apa yang menjadikan bola sepak begitu istimewa ialah bagaimana ia menyatukan orang. Sebagai contoh, apabila Faisal Halim menjaringkan gol, semua peminat Selangor FC berkongsi detik kegembiraan itu, sama ada menonton di rumah atau secara langsung di stadium."
Wong meneruskan, "Kami yakin pelaburan kami dalam kelab ini akan dimanfaatkan dalam pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Selangor FC, sama ada untuk pasukan utama atau pembangunan belia, di mana mereka bertujuan untuk mengenal pasti generasi bintang masa hadapan."
Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, turut memberikan kenyataan: “Kami amat gembira dan mengalu-alukan First Pride Malaysia ke dalam keluarga Selangor FC. Kerjasama ini lebih daripada sekadar makanan; ia juga mengenai memberi pilihan kepada peminat kami untuk menikmati nugget protein halal yang berkualiti tinggi. Bersama-sama, kami teruja untuk membawa pilihan makanan inovatif kepada komuniti Selangor FC.”
Selain menjual snek First Pride di stadium utama Selangor FC, kerjasama ini juga akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti sesi beramah mesra dengan pemain-pemain utama, hadiah tiket perlawanan, dan inisiatif lain untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti serta memberi ganjaran kepada peminat Selangor FC atas sokongan mereka.
Pengalaman perlawanan bola sepak bagi penyokong Selangor FC tentunya lebih menarik apabila First Pride Malaysia dan Selangor FC memulakan perjalanan baru bersama, membolehkan mereka menikmati snek berasaskan protein dan bola sepak sambil berkongsi kegembiraan.