Dec 27, 2024 - FASSelangor FC secara rasmi hari ini melepaskan pemain pertahanan, Umarbek Eshmurodov setelah kontrak beliau tamat pada Disember 2024.
Umarbek adalah pemain asing musim 2024/25 pertama Selangor FC yang diumumkan pada bulan Februari lalu, kini dilepaskan untuk terus mengembangkan karier beliau di negara kelahirannya Uzbekistan. Selangor FC merupakan kelab pertama beliau beraksi di luar negara, namun semangat yang ditunjukkan beliau ketika bersama kem Merah Kuning merupakan sesuatu yang wajar dibanggakan.
Sentiasa menjadi jentera pertahanan utama dalam mematahkan cubaan-cubaan bahaya pasukan lawan, Umar telah beraksi dalam 18 perlawanan bersama Selangor FC termasuk saingan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Challenge Cup dan ACL Two 2024/25, di mana beliau berjaya menyumbang satu gol serta satu ‘assist’ dan mencatatkan 8 ‘clean sheets’ sepanjang bersama Gergasi Merah.
Terima kasih dan selamat maju jaya, Umar! #ForeverRed
Demi Kebanggaan!