SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS19 | Penang FC vs Selangor FC | Pertemuan Menentang Harimau Kumbang Di Liga

Jan 25, 2025 - FAS

Selangor FC sekali lagi terbang ke Pulau Pinang untuk perlawanan menentang Penang FC, namun kali ini bagi perlawanan Liga Super 2024/25 ke-18 pada jam 8:15 malam ini di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Ini merupakan pertemuan ke-130 di antara #PENSFC. Gergasi Merah telah memenangi 78 perlawanan dan 20 seri. Selain itu, 272 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. 

Menurut Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, pasukan telah bersedia untuk perlawanan malam ini.

"Saya tetap dengan polisi untuk hanya akan fokus pada perlawanan yang akan mainkan hari ini. Cara ini membuka peluang untuk pasukan dapatkan kemenangan. Dalam perlawanan sebelum ini menentang Penang FC, pemain telah beraksi dengan baik dari segi pertahanan, tetapi jelas pasukan perlu perbaiki bahagian serangan, dan kami telah berlatih untuk situasi tersebut bagi perlawanan kedua di sini,” tegas Kinoshi.

Bagi keberadaan pemain, Noor Al-Rawabdeh telah melepasi bulan kedua pemulihan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL). Selain daripada beliau, semua pemain berkemungkinan besar bersedia untuk diturunkan.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan tunjukkan persembahan yang lebih baik daripada minggu lalu. Ayuh, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!