Selangor FC akan menyambut kedatangan Kuala Lumpur City FC bagi perlawanan derbi Lembah Klang Unifi Liga Super 2026/27 esok, 13 September, pada jam 8:15 malam.
Setakat ini, skuad Gergasi Merah berada di kedudukan tempat ke-3 saingan Unifi Liga Super 2026/27 dengan mengumpul sembilan mata penuh hasil daripada tiga kemenangan. Baca review perlawanan LS1, LS2 dan LS3.
Derbi Lembah Klang sentiasa hadir dengan sejarah dan keterujaan tersendiri. Dalam lima pertemuan terakhir menentang The City Boys, skuad Merah Kuning mendahului dengan empat kemenangan dan satu keputusan seri.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, menegaskan bahawa sokongan padu daripada para penyokong amat penting dalam perlawanan derbi Lembah Klang ini.
“Perlawanan derbi yang bersejarah seperti ini sangat penting untuk kita menang. Walau bagaimanapun, kita perlukan semua penyokong untuk datang dan berikan sokongan sebagai satu unit, untuk menunjukkan kepada mereka bahawa kekuatan kita bukan sahaja dari segi prestasi, tetapi juga dengan penyokong Gergasi Merah yang memenuhi stadium dengan warna Merah Kuning,” tegas beliau.
Pasukan akan berusaha untuk berikan persembahan terbaik bagi meraih kemenangan. Kita mahu mewujudkan jurang serta terus memenangi lebih banyak perlawanan supaya kita dapat menunjukkan perkembangan positif pasukan dari semasa ke semasa,” jelasnya lagi.
Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan terus mempertahankan kubu Stadium MBPJ serta memberikan ancaman kepada Kuala Lumpur City FC bagi memenangi takhta derbi Lembah Klang pusingan pertama Unifi Liga Super musim ini.
Ayuh penyokong Gergasi Merah, kita penuhkan stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan kehadiran dan suara anda untuk aksi derbi Lembah Klang kali ini. Beli tiket sekarang di sini.
Demi Kebanggaan!
–
Selangor FC will welcome Kuala Lumpur City FC for the Klang Valley Derby in the Unifi Liga Super 2026/27 tomorrow, 13 September, at 8:15pm.
So far, the Gergasi Merah squad sits in 3rd place in the Unifi Liga Super 2026/27 standings, having collected nine points from three victories. Read the match reviews for LS1, LS2 and LS3.
The Klang Valley Derby has always carried its own history and excitement. In the last five meetings against The City Boys, the Red and Yellow squad leads with four victories and one draw.
Selangor FC Head Coach, Kim Pan-gon, stressed that strong support from the supporters is extremely important in this Klang Valley Derby.
“This historic derby is very important for us to win. However, we need all the supporters to come and give their support as one unit, to show them that our strength is not only in terms of performance, but also with the Gergasi Merah supporters filling the stadium with the colours of Red and Yellow,” he stressed.
“The team will strive to give its best performance to secure victory. We want to create a gap and continue winning more matches so that we can show the team’s positive development over time,” he added.
The Selangor FC management is confident that the team will continue to defend the fortress of Stadium MBPJ while posing a threat to Kuala Lumpur City FC in their bid to claim the Klang Valley Derby bragging rights in the first round of this season’s Unifi Liga Super.
Come on, Gergasi Merah supporters, let’s fill Stadium MBPJ, Kelana Jaya with your presence and voices for this Klang Valley Derby. Buy your tickets now here.
Demi Kebanggaan!






