Selangor FC bakal meneruskan saingan Unifi Liga Super Malaysia 2026/27 menentang Penang FC pada hari esok, 17 Oktober, jam 8:15 malam.
Setakat ini, skuad Gergasi Merah berada di tangga ketiga liga dengan mengumpul 12 mata hasil empat kemenangan, selain mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan. Baca previu perlawanan terdahulu menerusi LS1, LS2, LS3 dan LS4.
Perlawanan ini turut membawa makna istimewa buat Selangor FC apabila kelab bakal melakar sejarah dengan penampilan ke-2,000 sejak penubuhan pada tahun 1921. Lebih menarik, Penang FC merupakan pasukan yang sama skuad Gergasi Merah dalam perlawanan sulung pada tahun yang sama. Berdasarkan rekod lima pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan, Selangor FC mencatatkan empat kemenangan dan satu keputusan seri.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, mengakui Penang FC mempunyai kekuatan tersendiri, namun menegaskan bahawa pasukannya telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi cabaran tersebut.
“Dalam beberapa hari kebelakangan ini, keadaan pasukan tidak begitu baik. Namun, kita semua tahu betapa pentingnya perlawanan di laman sendiri. Kita telah berusaha keras untuk membuat persiapan rapi bagi memastikan pasukan dapat memberikan persembahan terbaik kepada para penyokong. Mengenai Mickey (Faisal), kami menjangkakan tempoh pemulihannya akan mengambil masa lebih lama daripada yang dirancang pada awalnya kerana kecederaannya agak serius,” jelas beliau ketika mengulas persiapan pasukan.
Mengulas lanjut mengenai cabaran yang bakal dihadapi, Kim Pan-gon berkata pasukan kejurulatihan telah meneliti kekuatan Penang FC, “Perlawanan ini pastinya bukan mudah. kita telah menganalisis pasukan Penang FC dan mendapati mereka mempunyai penyerang yang sangat baik, barisan serangan yang kuat serta organisasi pertahanan yang baik. Kita telah bekerja keras untuk membuat persiapan bagi menghadapi ancaman serangan mereka dan mencari jalan untuk memecahkan benteng pertahanan mereka, di samping memastikan kita dapat mengawal pergerakan penyerang mereka,” tambah beliau.
Skuad Gergasi Merah bertekad untuk mendapatkan semula momentum positif serta mempertahankan kubu di laman sendiri bagi memburu tiga mata penuh, sekali gus menghadiahkan persembahan terbaik buat para penyokong.
Bersempena perlawanan bersejarah ke-2,000 ini, pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung di stadium, khususnya di AFFIN Fan Zone yang sebelum ini dikenali sebagai Open Home. Ayuh, penyokong Gergasi Merah! Bersama-sama kita meriahkan detik bersejarah ini dengan memenuhi stadium dan memberikan sokongan padu kepada pasukan. Dapatkan tiket perlawanan #SFCPEN di sini.
Demi Kebanggaan!
–
Selangor FC will continue the Unifi Malaysia Super League 2026/27 campaign against Penang FC tomorrow, 17 October, at 8:15 pm.
At present, the Red Giants sit third in the league standings with 12 points from four wins, with a game in hand. Read the previous match previews via LS1, LS2, LS3 and LS4.
This match also holds special significance for Selangor FC, as the club will make history with its 2,000th appearance since its establishment in 1921. More interestingly, Penang FC were the same opponents faced by the Red Giants in the first ever match that year. Based on the record of the last five meetings between the two sides, Selangor FC have recorded four wins and one draw.
Selangor FC Head Coach Kim Pan-gon acknowledged that Penang FC have their own strengths but stressed that his team have made thorough preparations to face the challenge.
“Over the past few days, the team’s condition has not been very good. However, we all know how important this home match is. We have worked hard to prepare thoroughly to ensure the team can deliver their best performance for the fans. Regarding Mickey (Faisal), we expect his recovery to take longer than initially anticipated because his injury is quite serious,” he explained while commenting on the team’s preparations.
Further addressing the challenge ahead, Kim Pan-gon said the coaching staff had analysed Penang FC’s strengths, “This certainly will not be an easy match. We have analysed Penang FC and found that they have a very good striker, a strong attacking line-up and a good defensive organisation. We have worked hard to prepare for their attacking threats and find ways to break down their defence, while ensuring that we can also keep their striker under control,” he added.
The Red Giants are determined to regain their positive momentum and defend their home ground in pursuit of all three points, while delivering their best performance for the fans.
In conjunction with this historic 2,000th match, various exciting activities will take place at the stadium, particularly at the AFFIN Fan Zone, previously known as Open Home. Come on, Red Giants supporters! Let us celebrate this historic occasion together by filling the stadium and giving the team our full support. Get your tickets for #SFCPEN here.
Demi Kebanggaan!






