Match Review FA R16 (1) | Sabah FC 2-2 Selangor FC | Disappointing Draw But We Will Bounce Back

Selangor FC terikat 2-2 dengan Sabah FC di Stadium Likas dalam aksi pertama Pusingan 16 kempen Piala FA 2026/27 semalam.

Keadaan jerebu tidak menghalang perlawanan diteruskan, skuad Skuad Gergasi Merah terus melancarkan beberapa percubaan, namun minit ke-33 Sabah FC terlebih dahulu membuka jaringan perlawanan #SABSFC ini. Dua minit kemudian, hantaran baik Adib Ra’op berjaya ditanduk masuk oleh Kay Tejan untuk mengikat kedudukan.

Separuh masa kedua, minit ke-50, Chrigor Moraes berjaya meletakkan Selangor FC di hadapan selepas menerima hantaran daripada Faisal Halim yang baru sahaja dimasukkan. Namun, Halim Saari menyamakan kedudukan pada minit ke-58. Keputusan 2-2 kekal sehingga wisel penamat meskipun Selangor FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah pada minit ke-80.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, beliau kecewa dengan keputusan tersebut, namun mahu para pemain bangkit untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Tidak dinafikan, ini merupakan perlawanan yang sangat sengit. Keadaan padang dan cuaca di Sabah sedikit sebanyak menganggu corak permainan. Walaupun keputusan agak mengecewakan, kita masih mempunyai 90 minit lagi untuk bangkit. Kita akan menganalisis perlawanan ini sepenuhnya, memperbetulkan kesilapan dan melakukan persiapan lebih baik bagi mengatasi masalah yang dihadapi di Stadium Likas,” jelas beliau dengan nada kecewa

“Kita akan terus berusaha untuk mara sejauh mungkin dalam kempen ini. Namun, untuk mencapainya kita perlu menggandakan usaha dalam perlawanan seterusnya. Pasukan akan berikan komitmen sepenuhnya untuk memberikan aksi terbaik dan bangkit memburu kemenangan pada aksi timbal balik di Stadium MBPJ nanti,” tambahnya lagi.

Seterusnya, pasukan akan menerima kunjungan Melaka FA bagi perlawanan ketiga saingan Unifi Liga Super 2026/27 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, pada jam 8:15 malam.

Pihak pengurusan Selangor FC bersyukur dengan kehadiran beberapa para penyokong di Stadium Likas semalam. Pengorbanan serta sokongan anda amat kami hargani.

Demi Kebanggaan!

Kesebelasan Utama: Kalamullah Al-Hafiz, Arbenit Xhemajli, Peter Makrillos, Kay Tejan, Zikri Khalili, Selvan Anbualahan, Azam Azih, Safuwan Baharudin, Syahir Bashah, Adib Ra’op & Chrigor Moraes ©.

Pertukaran: 45’ Fiasal Halim > Kay Tejan, 45’ Hugo Boumous > Peter Makrillos, 64’ Nooa Laine > Azam Azih, 70’ Quentin Cheng > Adib Ra’op, 82’ Richmond Ankrah > Syahir Bashah.

Selangor FC were held to a 2-2 draw by Sabah FC at Likas Stadium in the first leg of the FA Cup 2026/27 Round of 16 yesterday.

Despite the hazy conditions, the match went ahead with the Red Giants creating several opportunities. However, Sabah FC opened the scoring in the 33rd minute of the #SABSFC encounter. Two minutes later, a well-delivered cross from Adib Ra’op was headed home by Kay Tejan to level the score.

In the second half, Chrigor Moraes put Selangor FC ahead in the 50th minute after receiving a pass from Faisal Halim, who had just been introduced. However, Halim Saari restored parity in the 58th minute. The 2-2 scoreline remained until the final whistle, despite Selangor FC being reduced to 10 men after Safuwan Baharudin was shown a red card in the 80th minute.

According to Selangor FC Head Coach, Kim Pan-gon, he was disappointed with the result but wants the players to bounce back and progress to the next stage.

“There is no denying that this was a very intense match. The pitch conditions and weather in Sabah affected our style of play to some extent. Although the result is disappointing, we still have another 90 minutes to fight back. We will analyse the match thoroughly, correct our mistakes and make better preparations to address the issues we faced at Likas Stadium,” he said with disappointment.

“We will continue to fight to go as far as possible in this campaign. However, to achieve that, we need to double our efforts in the next match. The team will give their full commitment to put in our best performance and bounce back to secure a win in the second leg at MBPJ Stadium,” he added.

The team will next welcome Melaka FA for the third match of the 2026/27 Unifi Super League at MBPJ Stadium, Kelana Jaya, with kick-off at 8:15pm.

The Selangor FC Management is grateful to the supporters who made their way to Likas Stadium yesterday. Your sacrifice and unwavering support are greatly appreciated.

Demi Kebanggaan!

Starting XI: Kalamullah Al-Hafiz, Arbenit Xhemajli, Peter Makrillos, Kay Tejan, Zikri Khalili, Selvan Anbualahan, Azam Azih, Safuwan Baharudin, Syahir Bashah, Adib Ra’op & Chrigor Moraes ©.

Substitutions: 45’ Fiasal Halim > Kay Tejan, 45’ Hugo Boumous > Peter Makrillos, 64’ Nooa Laine > Azam Azih, 70’ Quentin Cheng > Adib Ra’op, 82’ Richmond Ankrah > Syahir Bashah.

Leave a Comment

GALLERY ALBUM

SINCE 1905

THE RED GIANTS
MUSEUM

120 YEARS OF PRIDE
PASSION • LEGACY
BEGIN THE TOUR →