FA SELANGOR
SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Apa itu Red Giants Team Card?

Red Giants Team Card ialah program keahlian untuk penyokong menikmati faedah dan keistimewaan eksklusif yang ditawarkan oleh Selangor FC dan rakan rasmi Red Giants Team Card.

Berapakah yang perlu saya bayar untuk menjadi ahli RGTC?

Anda boleh menjadi ahli RGTC sama ada dengan memperbaharui keahlian 2022 anda dengan caj RM20 atau mendaftar sebagai ahli baharu dengan yuran pendaftaran RM25.

Adakah perlu untuk saya memperbaharui keahlian saya?

Anda digalakkan untuk memperbaharui keahlian setiap tahun supaya anda boleh mengekalkan faedah dan tawaran eksklusif ahli.

Adakah saya boleh memasuki stadium semasa hari perlawanan dengan RGTC saya?

Ya, anda boleh tetapi hanya sekiranya anda membeli tiket yang sah di dalam talian dan menggunakan nombor RGTC anda semasa proses pembelian tiket.

Bolehkah saya memperbaharui RGTC saya jika saya bukan ahli 2022?

Tidak, pembaharuan RGTC hanya untuk ahli / pemegang Kad Pasukan semasa (2022) sahaja.

Apakah yang berlaku jika saya memilih untuk TIDAK memperbaharui keahlian RGTC 2022 saya yang sedia ada?

RGTC 2022 anda yang sedia ada akan kehilangan semua manfaatnya pada tahun 2023 dan seterusnya.

Jika saya memilih untuk memperbaharui keahlian RGTC 2022 saya, apa yang bakal saya terima?

Anda akan dapat menikmati faedah dan tawaran RGTC 2023 baharu bersama kad keahlian edisi 2023 yang baharu.

Adakah saya akan menerima kad RGTC 2023 dalam bentuk kad fizikal baharu jika saya memilih untuk 'memperbaharui' atau ‘renew’ keahlian saya?

Ya, anda akan menerima kad keahlian RGTC 2023 yang baharu jika anda memilih untuk memperbaharui keahlian RGTC 2022 anda yang sedia ada.

Bolehkah saya membeli kad RGTC di luar talian atau di kedai Selangor FC?

Tidak. Pembelian RGTC semuanya perlu dilakukan melalui atas talian iaitu di laman rasmi Selangor FC.

Bagaimanakah saya boleh membuat pembayaran untuk pembelian RGTC saya?

Semua pembayaran hendaklah dibuat melalui atas talian sahaja iaitu melalui pilihan pembayaran yang tersedia pada gerbang pembayaran kami.

Bagaimanakah saya akan menerima RGTC saya?

Semua RGTC yang dibeli atas talian akan dihantar melalui kurier ke alamat surat-menyurat seperti yang dinyatakan semasa anda membuat pembayaran.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya kehilangan kad RGTC saya?

Sekiranya anda kehilangan kad RGTC anda, sila buat laporan dengan menghubungi e-mel kami di teamcard@selangorfc.com. Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke kedai Selangor FC rasmi kami di Pusat Latihan FAS. Sila pastikan bahawa anda mempunyai kad pengenalan untuk tujuan pengesahan, memproses dan mengeluarkan Kad Pasukan baharu. Yuran mandatori sebanyak RM20 akan dikenakan untuk kad baharu.

Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik jika berlaku kesilapan semasa saya membuat pembelian?

Tidak. Tiada bayaran balik akan diberikan sekiranya berlaku sebarang kesilapan semasa membuat pembelian di atas talian.

Adakah terdapat sebarang tarikh tutup untuk tempoh penjualan RGTC?

Tempoh jualan kad RGTC dibuka bermula 24 Januari 2023 dan akan berlangsung sehingga 30 November 2023, begitu juga dengan manfaat ganjaran.

Bagaimanakah jika saya ingin mengeluarkan ganjaran tunai ‘referral program’ saya?

Anda boleh mengeluarkan ganjaran tunai anda sebaik sahaja anda mencapai jumlah minimum pengeluaran iaitu RM50 di dalam akaun anda. Klik pada butang pengeluaran, diikuti dengan mengisi dan menyerahkan butiran yang diperlukan untuk kami memproses pengeluaran anda melalui pindahan bank.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses pengeluaran?

Masa proses pengeluaran ke akaun bank anda akan mengambil masa sekurang-kurangnya 7 hari masa bekerja.

 

Untuk terma & syarat lengkap Red Giants Team Card 2023, sila layari Terma dan Syarat