Jan 28, 2022 - FASPasukan futsal Selangor MAC berjaya menamat sirkit 1 & 2 Cuckoo Malaysia Premier Futsal League (MPFL) di tangga kedua dengan sembilan mata terkumpul menerusi 3 kemenangan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic.
Biarpun membuka tirai MPFL dengan kekalahan tipis kepada pasukan Negeri Sembilan namun Selangor MAC bangkit semula dengan kemenangan tiga kali berturut-turut menentang Kuala Lumpur, PDRM FC dan KL City FC.
Berikut adalah keputusan Sirkit 1 & 2 Selangor MAC:-
Sirkit 1
NEGERI SEMBILAN 3-2 SELANGOR MAC
SELANGOR MAC 7-3 KUALA LUMPUR
Sirkit 2
PDRM FC 2-4 SELANGOR MAC
SELANGOR MAC 5-0 KL CITY FC
Senarai barisan pemain & jurulatih Selangor MAC di sini.
Dengan tiga kemenangan tersebut, jurang antara Selangor MAC dengan pendahulu liga, Pahang Rangers hanya satu jaringan gol sahaja.
Dibawah merupakan jadual perlawanan Selangor MAC bagi sirkit 3 & 4:-
Sirkit 3
29/1/22, 3:00PM - KEDAH vs SELANGOR MAC?
30/1/22, 8:30PM - SELANGOR MAC vs ATM
Sirkit 4
?11/2/2022, 9:30AM KELANTAN vs SELANGOR MAC
12/2/2022, 5:30PM SELANGOR MAC vs TERENGGANU
Pihak pengurusan percaya barisan jurulatih, pemain dan pegawai Selangor MAC akan terus berikan persembahan yang baik dan mempertahankan piala MPFL musim ini. Teruskan perjuangan Red Giants!
Demi Kebanggaan.