SELANGOR FC
BERITA

Perkembangan Kecederaan : Shahrel Fikri, Baha ’Abdelrahman, Zahril Zabri, dan Harith Haiqal

Jul 01, 2022 - FAS

Perkembangan terkini mengenai kecederaan pemain pasukan utama Selangor FC.

Empat pemain, Shahrel Fikri, Baha’ Abdelrahman, Zahril Zabri dan Harith Haiqal telah yang dilaporkan pada previu perlawanan mengalami kecederaan minor sejak  perlawanan menentang Sabah FC yang lalu berkemungkinan besar akan kembali beraksi bersama pasukan tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Shahrel Fikri dan Baha’ Abdelrahman telah kembali berlatih di padang dan menjalani aktiviti pasukan bagi mendapatkan semula kecergasan penuh sebelum mendapat peluang untuk beraksi dalam perlawanan yang akan datang.

Selain itu, pemain muda Selangor FC, Harith Haiqal, yang sering disebut-sebut nama oleh para peminat tentang keberadaannya selepas beraksi cemerlang bersama pasukan negara bawah 23 tahun dikatakan sedang menjalani fasa akhir pemulihan kecederaan buku lalinya. 

Manakala pemain tengah Zahril Zabri pula, mengalami kecederaan hamstring yang kini sedang fokus menggiatkan diri dengan pergerakan khusus bola sepak untuk kembali cergas sepenuhnya.

Selangor FC mendoakan agar Shahrel Fikri, Baha’ Abdelrahman, Zahril Zabri dan Harith Haiqal dapat terus berikan komitmen untuk kembali pulih serta dapat menjalani aktiviti bersama pasukan seperti biasa semula.

Sementara itu, berita positif bagi dua pemain yang mengalami kecederaan jangka masa panjang. Dinesh Rajasingam sudah pun kembali membuat latihan-latihan asas di padang, manakala Halim Saari juga masih membuat rawatan sebagai langkah berjaga-jaga dan dipantau keadaannya selepas kembali bermain bersama pasukan Selangor FC 2.

Perkembangan lanjut mengenai pasukan utama Selangor FC akan dikemaskini dan dimaklumkan dari semasa ke semasa kelak.

Demi kebanggaan!