SELANGOR FC
BERITA

Skuad Selangor FC B20 Bertakhta Di Tangga Pertama Peringkat Kumpulan Zon C

Jun 01, 2023 - FAS

Piala Presiden 2023 rasmi tamat pusingan Kumpulan pada minggu yang lalu. Skuad Selangor bawah 20 tahun bertakhta di tangga pertama Zon C selepas menewaskan KL City FC B20 dengan keputusan 1-0 pada 24 Mei yang lalu. Ini sekaligus menjadikan skuad Selangor FC B20 layak ke Liga 1 bersama tujuh pasukan yang lain untuk merebut takhta Juara Piala Presiden 2023.

Musim ini, Persatuan Bolasepak Malaysia telah membuat sedikit perubahan, setiap Juara dan Naib Juara Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D akan mara ke peringkat seterusnya dalam Kumpulan Liga 1 dan lima pasukan teratas akan ke peringkat Suku Akhir. Manakala, pasukan yang lain akan beraksi dalam Kumpulan Liga 2 untuk mendapatkan kedudukan tiga teratas untuk berpeluang beraksi di Suku Akhir.

Skuad Gergasi Merah B20 telah beraksi dalam empat perlawanan sebelum pusingan Kumpulan Piala Presiden tamat. Berikut adalah keputusan perlawanan:-

SELANGOR B20 (0-1) KL CITY FC

SELANGOR B20 (2-0) SABAH FC

12' Harry Danish

14' Khairil Zain

SELANGOR B20 (0-0) NEGERI SEMBILAN

KL CITY FC (0-1) SELANGOR B20

56' Harry Danish

Keputusan perlawanan sebelum ini: https://selangorfc.com/ms/news/3296/Selangor%20U20%20Squad%20Always%20Prepared%20on%20Rival%20Teams%20Challenges

Setakat ini untuk pusingan Kumpulan, skuad bawah 20 tahun Selangor telah menjaringkan tujuh gol dalam enam perlawanan, Harry Danish mengekalkan rekodnya sebagai penyumbang gol terbanyak pasukan dengan empat jaringan gol daripada enam perlawanan dan telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik pilihan sebanyak tiga perlawanan. Selain itu, Khairil Zain juga terus merapatkan jurang dengan dua jaringan gol diikuti Amir Farhan, satu gol. 

Selain itu, barisan pertahanan dan juga penjaga gawang skuad Selangor B20 telah mencatat empat 'cleansheet' daripada enam perlawanan. Secara keseluruhan, Firdaus Tan, Ketua Jurulatih Selangor B20 sentiasa menerapkan strategi yang terbaik untuk anak buahnya sehingga menghasilkan rekod yang baik untuk pusingan Kumpulan Zon.

Pihak Pengurusan Selangor FC yakin skuad Gergasi Merah B20 akan terus bekerja keras untuk meraih kemenangan bagi melayakan pasukan ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Presiden 2023. Terus berjuang skuad Merah Kuning B20.

Demi Kebanggaan!