SELANGOR FC
BERITA

Selangor FC B18 Mengungguli Peringkat Kumpulan Zon C

Jun 04, 2023 - FAS

Piala Belia 2023 rasmi tamat pusingan Kumpulan pada minggu yang lalu. Skuad Selangor bawah 18 tahun bertakhta di tangga pertama Zon C dengan 16 mata terkumpul. Ini sekaligus menjadikan skuad Selangor FC B18 layak ke Liga 1 bersama lima pasukan yang lain bagi merebut takhta Juara Piala Belia 2023.

Musim ini, Persatuan Bolasepak Malaysia telah membuat sedikit perubahan, setiap Juara dan Naib Juara Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D akan mara ke peringkat seterusnya dalam Kumpulan Liga 1 dan lima pasukan teratas akan ke peringkat Suku Akhir. Manakala, pasukan yang lain akan beraksi dalam Kumpulan Liga 2 untuk mendapatkan kedudukan tiga teratas untuk berpeluang beraksi di Suku Akhir.

Skuad Gergasi Merah B18 telah beraksi dalam empat perlawanan sebelum pusingan Kumpulan Piala Belia tamat. Berikut adalah keputusan perlawanan:-

SELANGOR B18 (0-0) KL CITY FC

SELANGOR B18 (4-0) SABAH FC

47' Izzat syahir

70' Ariz Zuhayr

83' Amirul Alif

90+1' Amir ammar

SELANGOR B18 (2-1) JOHOR DT IV

27' Rohisham Haiqal

83' Syahir Sukri

KL CITY FC (0-1) SELANGOR B18

71' Izzat Syahir

Keputusan perlawanan sebelum ini: Skuad Piala Belia 2023 Sasarkan Kejuaraan

Setakat ini untuk pusingan Kumpulan, skuad Selangor B18 telah menjaringkan 15 gol dalam enam perlawanan Zon C. Izzat Syahir menjadi penjaring terbanyak dengan lima gol dan beliau juga merupa satu-satunya pemain yang telah menjaringkan ‘hattrick’ untuk skuad ini.  Selain beliau, Amirul Izwan, Syahmie Rosli, Akid Zamri, Alif Aiman, Amirul Alif, Amir Ammar, Ariz Zuhayr, Rohisham Haiqal dan Syahir Sukri telah menjaringkan satu gol untuk skuad B18 Selangor. 

Selain itu, skuad bawah jagaan Mohd Khushairi ini juga telah mencatat 'Clean Sheet' dalam empat daripada enam perlawanan, membuktikan bahagian pertahanan dan juga penjaga gol juga telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Tidak lupa juga pemain tengah yang telah menjalankan tugas mereka dalam membantu barisan penyerang dan pertahanan menjalankan tugas mereka.

Pihak Pengurusan Selangor FC yakin skuad Gergasi Merah B18 akan terus bekerja keras untuk meraih kemenangan bagi melayakan pasukan ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Belia 2023. Terus berjuang skuad Merah Kuning B18.

Demi Kebanggaan!