Selangor FC are currently in the Negeri di Bawah Bayu to continue their campaign in Matchweek 8 of the 2026/27 Unifi Malaysia Super League against Sabah FC tomorrow, 28 November, at 5:00 pm.
So far, the Red Giants sit second in the league table having collected 18 points from six wins, while also holding a game in hand. Follow the Red Giants’ campaign journey through previous Super League match reports: LS1, LS2, LS3, LS4, LS5 and LS6.
Selangor FC Head Coach Kim Pan-gon shared that the team’s preparations have been running smoothly ahead of Saturday’s clash against The Rhinos.
“The recent heavy rain made our training sessions a bit difficult, and we had to work hard to overcome that issue. We used this break to give the players space to undergo treatment and recovery while fine-tuning several tactical aspects. Physical and mental preparations are important in order to make sure nothing disrupts the team’s confidence. So far, everything is going smoothly,” said Kim Pan-gon when commenting on the squad’s preparations.
“This away match against Sabah FC will certainly be tough, especially with the current weather conditions. We know Sabah FC are a disciplined and hard-working side capable of applying a high press or defending in a low block, in addition to having very quality forwards. Therefore, we are giving our best to make thorough tactical preparations to face them,” he added.
Although several players are unavailable due to suspension, the Red Giants remain optimistic about putting on our best performance and bringing home a positive result from the Kota Kinabalu.
Meanwhile, Selangor FC’s management is also hosting a Watch Party at Suasana Market Hall, Section 13, for fans to catch the live broadcast of the Unifi Malaysia Super League Matchweek 8 fixture starting at 5:00 pm. See you there, Red Giants!
Demi Kebanggaan!-
Selangor FC kini berada di Negeri di Bawah Bayu bagi meneruskan perjuangan dalam perlawanan minggu kelapan saingan Unifi Liga Super Malaysia 2026/27 menentang Sabah FC, esok, 28 November, jam 5 petang.
Setakat ini, skuad Gergasi Merah berada di tangga kedua liga selepas mengumpul 18 mata hasil enam kemenangan, selain mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan. Ikuti perjalanan kempen Gergasi Merah menerusi laporan perlawanan Liga Super sebelum ini: LS1, LS2, LS3, LS4, LS5 dan LS6.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, memaklumkan bahawa persiapan pasukan berjalan lancar menjelang pertemuan menentang The Rhinos pada Sabtu ini.
“Hujan lebat baru-baru ini menjadikan sesi latihan kami sedikit sukar dan kami bekerja keras untuk mengatasi masalah tersebut. Tempoh rehat dua minggu lalu memberi ruang kepada para pemain untuk menjalani rawatan dan pemulihan sambil perkemaskan beberapa aspek taktikal. Persiapan fizikal dan mental amat penting bagi memastikan tiada apa yang mengganggu keyakinan pasukan. Setakat ini semuanya berjalan lancar,” kata Kim Pan-gon ketika mengulas persiapan pasukan.
“Perlawanan di tempat lawan menentang Sabah FC pastinya sukar lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca sekarang. Kita tahu mereka adalah pasukan yang berdisiplin dan bekerja keras, mampu memberi tekanan tinggi dan bertahan secara ‘low block’, selain memiliki penyerang yang sangat berkualiti. Jadi, kita sedang berusaha untuk membuat persiapan taktikal yang rapi bagi menghadapi mereka,” tambahnya.
Meskipun beberapa pemain tidak dapat diturunkan daripada penggantungan, skuad Gergasi Merah tetap optimis untuk mempamerkan aksi terbaik dan membawa pulang keputusan positif dari Kota Kinabalu.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Selangor FC turut menganjurkan Watch Party di Suasana Market Hall, Seksyen 13, bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan minggu kelapan Unifi Liga Super Malaysia yang bermula pada jam 5.00 petang. Jumpa anda di sana, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!






