Oct 15, 2020 - FASMinggu lalu telah menyaksikan perlawanan akhir liga buat pasukan Selangor dan Selangor 2 yang mencatatkan fakta - fakta menarik yang berjaya dicipta pada musim ini.
Saingan liga yang berlangsung dengan format satu pusingan ekoran penularan wabak COVID-19 ini nyata menjadi musim yang sangat mencabar dan akan terpahat dalam ingatan pemain dan peminat Gergasi Merah.
Pasukan Gergasi Merah menutup tirai CIMB Liga Super di tempat ke-5 dengan 17 mata terkumpul hasil dari empat kemenangan, lima seri, dan dua kekalahan. Manakala, 13 mata terkumpul di kedudukan ke-7 dengan empat kemenangan, satu seri dan enam kekalahan bagi pasukan Selangor 2 dalam saingan Liga Premier 2020.
Kedudukan liga Selangor.
Kedudukan liga Selangor 2.
Berikut adalah 8 fakta menarik mengenai musim 2020 yang perlu anda tahu:
1. 5 Muka Baru Gergasi Merah
Sebanyak 5 pemain pasukan utama Selangor telah berjaya membuat penampilan pertama mereka untuk musim ini iaitu Brendan Gan, Safuwan Baharudin, Rodney Celvin, Nicholas Swirad dan Tauffiq Ar-Rasyid.
Lihat post ini.
2. 2 Pemain Penting Kembali Dari Kecederaan
Kepulangan Wan Zack Haikal dan penyerang Sepanyol, Rufino Segovia telah memberikan impak besar dalam merencanakan serangan pasukan yang telah membantu Selangor dalam saingan liga yang sangat mencabar. Rufino yang telah bermain dalam setiap perlawanan musim ini turut menyumbang 2 gol dan 2 assist.
Baca artikel: Wan Zack Dalam Landasan Terbaik Pemulihan
3. Jumlah Gol Musim Ini
Dalam 11 perlawanan, pasukan utama Selangor telah berjaya menjaringkan sebanyak 26 gol yang 16 daripadanya terhasil dalam tiga perlawanan terakhir liga. Sementara itu, Selangor 2 pula telah menghasilkan 17 gol untuk julung kalinya bersaing di Liga Premier 2020.
4. Kemenangan Terbesar
Pencapaian terbaik pasukan utama Gergasi Merah pada musim ini melalui kemenangan terbesar bertandang sebagai pasukan pelawat menentang PDRM FA pada 3 Oktober lalu dengan keputusan 7-0. Manakala, Selangor 2 pula berjaya menundukkan Kuching FA di Sarawak dengan kemenangan 4-1.
Tonton highlights di sini.
5. Selangor Punyai Peledak Berbisa
Kedua-dua pemain penyerang pasukan utama Selangor dan Selangor 2 iaitu Ifedayo Olusegun dan Danial Asri telah tersenarai dalam 5 Penjaring Terbanyak musim 2020 dengan hasil jaringan 12 dan 7 gol dalam saingan liga masing-masing.
6. Hat-trick Ifedayo Membantunya Mendakap Anugerah Kasut Emas 2020.
Ifedayo berjaya mengumpul 12 jaringan gol dengan meledak hat-trick pada perlawanan akhir CIMB Liga Super 2020 menentang Felda United minggu lalu. Hat-trick tersebut telah menjadikan beliau sebagai pemegang anugerah Kasut Emas 2020 dan hanya perlu menunggu liga tamat hujung minggu ini bagi mengesahkan kemenangannya.
Baca artikel REVIU PERLAWANAN: Hatrik Ifedayo Olusegun Lengkapkan Malam Gemilang Gergasi Merah (CIMB Liga Super 2020) ,
Tonton hat-trick Ifedayo di sini.
7. Danial Asri Penjaring Tempatan Terbanyak Dalam Liga Premier 2020.
Pemain pembangunan Selangor yang juga anak jati kelahiran negeri ini, Danial Asri merupakan satu-satunya pemain tempatan yang tersenarai dalam 5 Penjaring Terbanyak dalam Liga Premier musim ini.
Baca Kenali Pemain Selangor - Ahmad Danial Ahmad Asri
8. Pemain Skuad Muda Diserap Masuk Ke Skuad Utama
6 pemain muda telah diberi peluang bermain dalam saingan CIMB Liga Super 2020 bersama pasukan utama Selangor di bawah kendalian B. Satiananthan dan Michael Feichtenbeiner iaitu Azrin Rusmini (18 tahun), Zikri Khalili (18 tahun), Mukhairi Ajmal (19 tahun), Aliff Haiqal Lau (20 tahun), Anwar Ibrahim (21 tahun) dan Zahril Zabri (21 tahun).
Lihat post ini: 6 pemain muda daripada Selangor 2 telah membuat penampilan untuk skuad utama musim ini di sini.
Pasukan utama Selangor akan meneruskan kempen 2020 dengan mempersiapkan pasukan untuk Piala Malaysia yang dijangka berlangsung pada hujung bulan Oktober. Terus berjuang, Selangorku!