SELANGOR FC
BERITA

Sesi Latihan Pra-Musim Bermula Untuk Selangor FC Bersiap Menghadapi Musim Baru

Feb 17, 2024 - FAS

Pusat Latihan Selangor FC telah kembali meriah sebaik sahaja sesi latihan rasmi berlangsung sejak 5 Februari yang lalu bagi memulakan sesi pramusim musim ini.

Skuad Red Giants telah menjalani sesi latihan pada awal bulan yang lalu bersama pemain-pemain yang masih bersama pasukan (#stillRed) serta pemain baru (#isRed) bagi mendapatkan kecergasan mereka selangkah demi selangkah.

Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Selangor FC gembira dengan keadaan positif bilik persalinan Gergasi Merah setakat ini. 

“Sesi latihan kami setakat ini berada di tahap yang baik. Saya lihat pemain sangat bermotivasi tinggi dan ia menghidupkan suasana yang baik dalam pasukan. Pada masa yang sama kami barisan jurulatih telah merancang dengan teliti berkenaan jadual latihan agar kecergasan mereka sentiasa berada di tahap yang terbaik untuk menempuhi sesi pramusim yang agak panjang kali ini.

“Malah pemain baru yang masuk seperti Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Nooa Laine dan Azim Al Amin juga telah berlatih dengan baik. Mereka tidak mengambil masa yang lama untuk gel bersama rakan pasukan yang lain. Ini merupakan petanda yang di mana bekerjasama antara satu sama lain dapat dilihat di antara mereka. Saya tidak sabar untuk memulakan musim ini,” semangat beliau

Baca artikel Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Nooa Laine dan Azim Al Amin.

Dalam masa yang sama, pemain-pemain kebangsaan telah diberikan rehat dan mereka akan melaporkan diri pada minggu hadapan.

Skuad Selangor FC akan menjalani pramusim di luar negara pada awal bulan Mar sebelum pemain-pemain bawah 23 negara dipanggil ke kem latihan bagi membuat persiapan kejohanan Piala Asia B23 yang akan berlangsung di Doha, Qatar pada bulan April nanti.

Demi Kebanggaan!